Friday, February 16, 2007

ikhlas

Sajak: IKHLAS
Ikhlas Darjat Paling Tinggi
Ikhlas darjat yang paling tinggi
Ia adalah penentu apakah amalan itu diterima atau sebaliknya
Ia adalah rahsia Allah
Malaikat pun tidak mengetahui
Yang punya diri pun tidak tahu
Kalau seseorang memberi pada seseorang
Dengan tujuan waktu susah nanti dia dibantu oleh orang itu
Batal amalannya
Kalau orang itu tidak mengucapkan terima kasih
Hatinya berkata, tidak patut
Hilang ikhlasnya
Kalau dia memberi mengatakan, ambillah saya ikhlas
Ini pun batal ikhlas
Di suatu masa orang yang pernah dibantu, memusuhi
Hati kecilnya berkata, eh! orang ini tidak mengenang budi!
Keikhlasannya ditarik semula Allah!
Susahnya amalan diterima
Periksalah hati selalu

------------------------------------------------------------------------

Ikhlas itu bukan pengakuan lidah tapi pengakuan hati
Di dalam pengalaman hidup mencari kawan yang setia susah sekali
Macam susahnya mencari gagak yang putih, mana ada
Begitu juga jiran yang mulia macam keluarga payah dicari
Macam payah diperolehi intan permata untuk dipunyai
Taat setia seorang pengikut kepada pemimpin serupa sahaja
Kerana itulah ramai rakyat yang berpura-pura di hadapan pemimpinnya
Begitulah juga keadilan seorang pemimpin payah dijumpa
Keadilannya hanya tinggal slogan di dalam realitinya tidak ada
Juga yang bertanggungjawab terhadap amanah amat susah
Ramai yang bertanggungjawab terhadap amanah mengambil mudah atau bermudah-mudah Lebih-lebih lagilah hendak ikhlas di dalam beramal lagi payah
Kerana Allah itu hanya pemanis kata, realitinya tiada
Ikhlas itu bukan pengakuan lidah tapi pengakuan hati
Sedangkan perjalanan hati payah dikesan dan payah dijejaki
Kerana itulah ikhlas itu payah hendak dipasti
Ia adalah rahsia Allah yang Maha Mengetahui perjalanan hati
Pintalah kepada Allah hidayah dan taufik-Nya tentang hati
Agar hati sentiasa ikhlas membuat bakti

------------------------------------------------------------------------

Ikhlaskan Ibadah Dan Amal
Allah Taala tidak memandang ibadah dan amal yang banyak
Tapi yang kholisnya Allah Taala tidak berbangga pengorbanan dan perjuangan yang banyak Tapi yang murni lagi ikhlas
Buatlah, walaupun sedikit tapi sempurna dan ikhlas
Itulah yang Allah redha
Apa erti banyak, tidak sempurna dan tidak ikhlas
Allah tolak sahaja
Bahkan akan dilempar ke muka kita
Beribadahlah dengan jiwa yang selamat
Berkorbanlah dengan hati yang murni
Berjuanglah dengan hati yang ikhlas
Kerana yang menerimanya Allah Taala Yang akan memberi pahalanya
Dia juga Bukan manusia
Periksalah hati selalu Sudahkah selamat, sudahkah murni, sudahkah ikhlas?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home