Tuesday, January 16, 2007

NAFSU YANG MERANGSANGKAN

RINTANGAN PERJUANGAN DALAM KEHIDUPAN PENDAKWAH
NAFSU YANG MERANGSANGKAN

Antara halangan dan cabaran ygg dihadapi oleh para daieialah ketegalan dan keliaran nafsu.Nafsu dengan segala kerenahnya tidak mudah utk di atasi oleh seorang daie. Tepat seperti yang disebut dalam Al-Quran terhadap kata-kata Nabi Yusuf:

“Aku tidak membebaskan diriku (dari beban dosa) kerana nafsu sering menyuruh yang buruk, kecuali orang yang dirahmati oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku maha pengampun maha penyayang.” (Yusuf:51)

Sebenarnya nafsu seseorg itu merupakan wadah tempat berinteraksi segala yg buruk dan jahat, halal dan haram, hak dan batil. Ia laksana bejana yang menerima apa sahaja. Baik hidayah mahupun dalalah, baik yang luhur mahupun onar. Sesuai dgn firman Allah:

“Demi jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), justeru Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaan, sesungguhnya beruntunglah orang yan menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.”
(Al Syams:7-10)

Dalam kesibukan dan hingar bingar kehidupan baik yang bersifat politik, kekeluargaan, gerakan dan keasyikan mencari sara hidup daie mungkin terlupa akan dirinya sendiri. Ia mungin memberi perhatian kepada orang-orang di sekitar dirinya, mengajukan bimbingan dan kebaikan untuk mereka, namun ia mungkin lupa terhadap dirinya sendiri, tentang hak dirinya supaya ditingkatkan dalam segenap segi. Di sini akan berlakulah sesuatu yang tidak di duga dan merugikan. Jiwanya menjadi keras dam lembab. Akhirya membatu dan menyeleweng. Suatu keadaan seperti yang disebutkan oleh Allah:

“Bahkan hati merek telah berkara lantaran apa (dosa) yang mereka lakukan.” “Bahkan mereka sebenarnya terdinding dari (melihat) Tuhan mereka kelak di akhirat.”(Al-Mutaffifin:14-15)

“Kemudian selepas itu hati kalin menjadi keras seperti batu atau malah lebih keras dari itu. Adapun, batu-batu itu ada yang terbit darinya beberapa anak sungai ada pula yang apabila terbelah lalu ia memancutkan air.Ada pula yg mendap ke bawah lantaran takutkan Allah, dan tidaklah Allah lalai terhadap apa yang kamu lakukan.”(Al-Baqarah:47)

Nafsu memang sentiasa mengarahkan diri kepada keburukan. Kalau tidak di kekang dengan lingkaran taqwa dan agama, diperkukuhkan dengan tarhib dan targhib nescaya ia boleh menewaskan diri tuannya, Allah berfirman;

“Adapun yang takut maqam tuhannya, mencegah dirinya menurut nafsu maka syurgalah tempat kembalinya.”(Al-Nazi’at:40-41)

Tepat seperti sabda Rasulullah;
“Musuh dirimu yang paling besar ialah nafsumu sendiri yang di celah lambungmu”(Al-Hadith)

Satu perkara yang perlu diingat oleh para daie, yang mana selalu dilupakan orang ialah bahawa sebagi daie tugas asasinya ialah memastikan dirinya menang dalam pertarungan ini. Ia mesti berbat baik terhadap dirinya sendiri. Kalau tidak apalah ertinya orang lain menang dan dia sendiri melutut di hadapan nafsu...

Orang yang laba sebenarnya pada hari kiamat ialah orang yang dapat memenangkan dirinya (dalam pertarungan dengan nafsu), walaupun ia kehilangan dunia dan orang banyak. Yang benar-benar rugi ialah orang yang mensia-siakan dirinya;dikalahkan oleh nafsu,walaupun ia memperolehi duniadan sanjungan orang ramai. Firman Allah;

“Orang2 beriman berkata bahawa orang yang merugi ialah yang merugikan diri dan keluarga mereka sendiri pada hari kiamat kelak. Bahkan org2 yang zalim akan kekal dalam siksa yang berterusan.” (Al-Syura:45)

Petanda awal kerugian diri ialah mengabaikan peningkatang dan latihan diri supaya menurut kehendak syarak. Cuai dalam menepati prinsip2 dalam bentuk amalan, perkataan dan perbuatan. Al-Quran menyelar perbuatan tersebut dengan firmanNya;

“Adakah kamu menyuruh orang lain melakukan kebaikan sedangkan kamu melupakan diri kamu sendiri. Pada hal kamu membaca Al-Kitab.Apa tidakkan kamu berakal?”(Al-Baqarah:44)

Daie dituntut supaya memperhitug (kesalahan) dirinya lebih dahulu sebelum memperhitungkan kesalahan orang lain. Ia dituntut supaya mendidik dirinya lebih dahulu sebelum mendidik orang lain. Ia patut berlaku ihsan terhadap dirinya sebelum berlaku ihsan kapda orang lain. Inilah intisari pesanan Ali Ibnu Abi Talib, ia berpesan:

“Sesiapa yang menjadikan dirinya pemimpin orang lain maka hendaklah ia mulai denganmengajar dirinya sendiri sebelum mengajar orang lain. Asuhannya terhadap orang lain biarlah dengan perilaku sebelum dgn tuturkata. Orang yang mengajar dan mengasuh diri sendiri lebih berhak dimuliakan / dihargai dan orang yang mengajar dan mengasuh orang lain.”

(PETIKAN BUKU RINTANGAN PERJUANGAN DALAM KEHIDUPAN PENDAKWAH - Fathi Yakan)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home