Hakikat Jalan Dakwah
Jalan dakwah tidak ditaburi dengan bunga-bunga yang harum
tetapi merupakan satu jalan yang susah & panjang.
Kerana sesungguhnya antara hak dengan batil ada pertentangan yang nyata,
ia memerlukan kesabaran
dan ketekunan memikul beban yang berat.
Ia memerlukan kemurahan hati,
pengorbanan tanpa mengharapkan hasil yang segera,
tanpa putus asa dan putus harapan.
Yang diperlukan ialah usaha dan kerja yang terus menerus
dan hasilnya terserah kepada Allah di waktu yang dikehendakinya.
Mungkin anda tidak akan dapat melihat natijahnya,
serta buahnya di dalam hidup anda.
Sesungguhnya kita hanya disuruh beramal dan berusaha
dan tidak disuruh melihat hasil dan buahnya.
Kita juga tidaklah sepatutnya bersikap melampau dan cuai,
keranan bebanan kita banyak,
sementara itu pula dakwah memerlukan
para pendukungnya yang mempunyai cita-cita tinggi,
kemahuan yang kuat, keazaman yang tegas, tangkas dan unggul.
Kekuatan yang pertama
ialah kekuatan aqidah dan keteguhan iman,
diiringi pula dengan kekuatan persatuan dan perpaduan
dan akhir sekali kekuatan tangan dan senjata,
itu pun kalau sudah tidak memiliki jalan dan pilihan yang lain.
Asy- Syahid Hassan Al Banna (Jalan Dakwah).
Friday, March 19, 2004
MASYAALLAH ANDA PELAWAT YANG KE 
SALWA
MARIAM_J
IKRAM SUBANG JAYA
PALESTINKINI
ISLAM ONLINE
KAMMI
SOUFORUM
IKHWAN
mencari redha Mu ya Allah
CAHAYA DI ATAS CAHAYA
Jadilah umpama pelita yang menyala di tengah malam yang gelap gelita.Memandu manusia kepada hidayah yang menerangkannya. Bergiat cergaslah demi agamamu dan janganlah bermalas-malas. Berusahalah utk menggerakkan org yang berdiam diri,agar sama-sama melangkah dan terus melangkah....
"Allah pemberi cahaya kepada langit dan bumi.Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti lubang yang tidak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dlm kaca dan kaca itu seakan2 bintang yang bercahaya seperti mutiara yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak barakahnya,iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat,yang minyaknya sahaja hampir2 menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kpd cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki dan Allah membuat perumpamaan2 bagi manusia dan Allah maha mengetahui segala sesuatu.."(An-Nuur:35)
Ukhwah fillah
Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihaniMu,bertemu utk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia utk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatnnya. Kekalkanlah kemesraan antara hati2 ini akan jalanNya yang sebenar.Penuhkan hati ini dgn cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati2 ini dengan limpahan iman dan keyakinan, ameen
:::BLOGGERS:::
I_SYA_ZSALWA
MARIAM_J
ISLAMI
IKRAM MALAYSIAIKRAM SUBANG JAYA
PALESTINKINI
ISLAM ONLINE
KAMMI
SOUFORUM
IKHWAN
Previous Posts

0 Comments:
Post a Comment
<< Home