Tuesday, March 16, 2004

Aku, mereka dan masa..

Demi masa...
Sesungguhnya manusia itu benar2 dalam kerugian..
Kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran..


Sabar dalam Islam

Kesabaran adalah satu keperluan keduniaan sepertimana ianya jugamerupakan satu keperluan keagaaman..
Tidak akan beroleh kejayaan di dunia, tidak pula mencapai kemenangan di akhirat melainkan dengan sabar.

Di dunia ini tidak akan terlaksana cita2 dan tidak terhasil byk maksud dan tidak didtgkan amalan (pekerjaan) bagi mendapatkan sesuap nasi malainkan dengan sabar..Sesiapa yang bersabar, nescaya ia berjaya dan sesiapa yang tidak sabar tidak berjaya walau sedikit pun...

Dan katakan, sesiapa yang bersungguh2 dlm pekerjaan, dia mendapatnya..Bertemanlah dengan kesabaran, pasti menang dan berjaya..

"Usahlah putu-asa, betapapun tingginya kemahuan, bila anda minta tolong dgn sabar akan tampaklah ruang ..Berakhlaklah dengan penuh sabar, nescaya teraihlah hajat Pintu yang bertalu2 di ketuk, pasti akan terbuka...

"Ketahuilah bahawa sabar itu adalah sebab masuknya seseorg ke dlm syurga, dan menjadi (sebab) terlepasnya seseorg dari neraka, kerana telah datang di dalam khabar(hadith)"

(Tarmidhi)


Aku, sabar dan mereka.......insyaAllah :)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home