ASSALAMUALAIKUM..
housemate ana yang dua org ni: zila dan nik sha nak balik hari ni..adehh sediss rasa di hati di tinggalkan keseorgan..ni baru di tinggalkan kawan macam mana nanti bila kiter keseorgan di dalam kubur..Allahhumma inni a'uzubikamin a'zaa bil kabri lailahailla anta
alhamdulillah penyakit ayam ana makin kebah..dah tak berapa nak gatal tapi pedih masih ada kesan telur ayam yang sudah menetas..alhamdulillah satu tarbiyah dari Allah yang benar2 berkesan..insyaAllah lepas program tarbiyah ni ana akan lebih menjaga anggota badan pinjaman dari Illahi ini drpd dosa2 kecil..ameen..
PESANAN UTK HOUSEMATE ANA
* MOGA ISTIQAMAH DI JALAN INI
*PELIHARA PANDANGAN DAN PELIHARA HATI DARI TITIK2 HITAM...
*SENTIASA ZIKRULLAH..
*JGN HANYUT DENGAN KESERONOKAN DI MALAYSIA DARUL AYAM
*SAMPAIKAN SALAM ANA PADA KELUARGA..
*INSYAALLAH KITER JUMPA DI MALAYSIA..
*"MAKA APABILA KAMU TELAH SELESAI (DARI SESUATU URUSAN), KERJAKANLAH DENGAN SUNGGUH2 URUSAN YANG LAIN"
Sunday, December 07, 2003
MASYAALLAH ANDA PELAWAT YANG KE 
SALWA
MARIAM_J
IKRAM SUBANG JAYA
PALESTINKINI
ISLAM ONLINE
KAMMI
SOUFORUM
IKHWAN
mencari redha Mu ya Allah
CAHAYA DI ATAS CAHAYA
Jadilah umpama pelita yang menyala di tengah malam yang gelap gelita.Memandu manusia kepada hidayah yang menerangkannya. Bergiat cergaslah demi agamamu dan janganlah bermalas-malas. Berusahalah utk menggerakkan org yang berdiam diri,agar sama-sama melangkah dan terus melangkah....
"Allah pemberi cahaya kepada langit dan bumi.Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti lubang yang tidak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dlm kaca dan kaca itu seakan2 bintang yang bercahaya seperti mutiara yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak barakahnya,iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat,yang minyaknya sahaja hampir2 menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kpd cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki dan Allah membuat perumpamaan2 bagi manusia dan Allah maha mengetahui segala sesuatu.."(An-Nuur:35)
Ukhwah fillah
Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihaniMu,bertemu utk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia utk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatnnya. Kekalkanlah kemesraan antara hati2 ini akan jalanNya yang sebenar.Penuhkan hati ini dgn cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati2 ini dengan limpahan iman dan keyakinan, ameen
:::BLOGGERS:::
I_SYA_ZSALWA
MARIAM_J
ISLAMI
IKRAM MALAYSIAIKRAM SUBANG JAYA
PALESTINKINI
ISLAM ONLINE
KAMMI
SOUFORUM
IKHWAN
Previous Posts

0 Comments:
Post a Comment
<< Home