Saturday, December 06, 2003

ni catatan ana dan akhawat adelaide yang ikut jaulah Raya kami;

23 November 2003

12.00 tgh hari
Pick up fiza, nik sha dan zila di Payneham. Tak siap lagi bebudak nih…kena tunggu kejap :P
Sabar ekk kak amy..

1.10 petang
Bertolak dari rumah utk ke Brisbane..1984 Km utk ditempuh…Kami mulakan perjalanan dgn bacaan doa. Moga2 kami selamat sampai ke destinasi dgn selamat dan dapat memenuhi misi kami…perjalanan yg harapnya diberkati dan mendapat keredaan-Nya….Masing2 di assignkan tugas…Zila menjadi ameerah jaulah.NikSha jadi treasurer, kak oja PRO Melb, kak Amy PRO Brisbane, Fiza PRO Sydney plus program ko-ordinator supaya masa dalam perjalanan dapat dimanfaatkan….Tapi program ko-ordinatornya selalu bukak majlis dgn ummul kitab dan diakhiri dgn tidur…hehhee…


1.30 petang
Singgah di Adelaide Airport menghantar Kiah, Suya, Walla, Ilmik dan Zaireen. Kemudian, resume perjalanan ke Brisbane.


24 November 2003

1.00 petang
Masih belum tiba lagi di Brisbane. Kalau ikutkan plan asalnya, patut sudah tiba di Brisbane pada waktu nie. Tapi atas byk sebab, perjalanan memakan masa lebih lama. Tak mengapa…mungkin ada hikmahnya. Hari ini kak Amy present isi2 dalam buku nadwah 1. Baru cover 2 tajuk, iaitu selamat tinggal jahiliah dan Fikrah Islam, itu pun dibuat dalam 2 sessi yg berasingan. kalau nak cover semua dalam satu masa, rasanya akhawat jaulah tak boleh nak concentrate. Utk hilangkan rasa bosan, Fiza ajak kami semua berbalas pantun. Kak Amy dan Nik Sha jadi Group belakang. Kak oja dan Zila jadi group depan. Kitorg berbalas pantun 2 kerat, jadi tak lah susah sangat… Yg kelakarnya , ada sekali nie, kak oja membalas pantun dgn 4 pantun 2 kerat (jadi 8 pantun kerat laa plakkk)… sikit punya panjang jawapan kak oja sampaikan kena buat jawapan sampai 4!!! Kitorg satu keta sampaikan sakit perut menahan gelak….adoiii…sampai sekarang lagi masih terasa lucu….

Dalam pukul 2.30 petang
Permainan berlakon/komunikasi bermula…setiap org kena cabut undi tajuk utk sessi ini….Best juga sessi nie…berlakon sambil tergelak2…kalo nak tgk kitorg berlakon, boleh tgk video cam kak amy nanti…


Di dalam..sedih dan ketawa..
Di dalam susah dan mewah..
Tetap teguh iman dan takwa..

3.00 petang
Sessi taaruf bermula… Kak amy jadi org pertama utk menceritakan kisah hidupnya…kemudian nik sha punya turn pulak…Tinggal lagi 3 akhawat jaulah…masa masih ada lagi beberapa hari lagi….insya-allah sempat habiskan taaruf dgn semua org.. sessi mcm nie bagus sebenarnya…sebab kadangkala kita rasa kita dah cukup kenal dgn sahabat2 kita yg kita rapat…tapi, kadang kala masih ada lagi perkara yg kita tak tahu…..jadi, inilah masanya utk kita kenal mereka…dan juga masa utk kita….tanya soalan2 yg kita rasakan selama nih segan nak tanya…sudah namanya sessi taaruf kan…apalagi, tanya sajalah!!!

Dalam pukul 5.00 petang
Giliran Kak Oja utk present buku Dakwah Fardiah…Revise kembali 7 step cara bagaimana sepatutnya kita berdakwah dgn mad’u kita….Moga2 semua yg mendengar akan dapat mempraktikkan ilmu kita ini nanti…amin!

Dalam pukul 6.00 petang…
Fiza pula present isi2 buku Nadwah 2… Baru satu bab dihabiskan…insya-allah akan dihabiskan!!

6.30 petang
Sudah masuk waktu berbuka puasa…kalau raya esok, ini bermakna kami sudah mengucapkan selamat tinggal kepada ramadhan…semuanya berasa sedih…entahkan kami hidup lagi atau tidak utk bertemu dgn ramadhan yg akan datang…semoga amalan kami di bulan puasa ini diterima…semoga ia tidak sia2..bahkan menjadi anjakan amalan kami bagi bulan2 yg akan datang… Beberapa minit sebelum berbuka, kami semua masing2 bertafakur dan berdoa…moga doa2 kami yg bermusafir di bulan yg mulia ini dikabulkan Allah…amin!!
7.00 petang
Al-hamdulillah...akhirnya sampai juga ke rumah Kimah dan Huda. Kak amy sgt gembira nampaknya dapat jumpa ngan collegue diya.(Kimah pun buat geology juga...) Tapi, nampaknya berborak bukan pasal batu tapi cerita pasal nak bukak tadika??? Student advisor PETRONAS kalau dengar nih , tentu rasa sedih dengar..hehe... Selepas sejam berehat, kami keluar semula. Nak lihat suasana Brisbane pada waktu malam. Kami hanya pusing2 bandar di dalam kereta sahaja, takut membahayakan keselamatan. Yalah, berani biarlah bertempat....


10.00 malam
Pulang ke rumah utk tidur. Rasa keletihan yg amat sgt...Dapat berita esok raya.Hmm...nampaknya kami merayakan hari raya pertama di Brisbane.



25 November 2003

DI BRISBANE

5.30 pagi
Bertolak dari rumah huda dan kimah utk solat raya.
Berkumpul di West End bersama budak2 melayu yg lain utk bertolak bersama2.

6.30 pagi
Tiba di padang Mc gravvath Pavilion utk solat aidilfitri. Ramai sungguh community muslim di Brisbane. Lebih dari 500 org terdiri dari org tua dan kanak2 berkumpul utk solat berjemaah bersama2. Berbeza sungguh dgn Adelaide. Meriah tgk berbagai culture. Tetapi kebanyakannya org Pakistan. Makanan yg disediakan ialah nasi special (may be nasi minyak kot?) dgn kari daging yg sgt sedap….kitorg sempat lagi menapau lauk dan nasi utk dibawa balik..murah rezeki….tak yah ler makan roti ajer utk tgh hari karang…





8.30 pagi
Salam wida’ dgn Huda dan kimah….juga bersalaman dgn kenalan2 baru termasuk Kak Su dan Bahiyah. Ter’impress’ dgn kak Su, org Singapore yg nampaknya komited dgn dakwah….moga dia istiqamah begitu juga dgn adik Kimah….

9.30 pagi
Hari nampaknya cerah dan panas. Al-hamdulillah.Kami pergi ke South Bank. Kak Amy menunggu di kereta dan yg lain naik feri yg menyusur Brisbane River. Sungainya cantik dan bersih. Kawasan sepanjang sungai dibangunkan utk menjadi tarikan pengunjung. Banyak pokok2 bunga yg berwarna-warni ditanam sebagai penghias…kami rasakan di berada Bandar Brisbane nih terasa spt berada di Kuala Lumpur…Cuma Brisbane lebih bersihJ.. Fiza kata, kami semua nie pulang beraya ke kampong Brisbane…sebabnya di sini byk rumah2 kayu yg kalau kita sekali pandang, nampak macam rumah kampong melayu…comel2 rupanya…kami siap ambil gambar lagi rupa rumahnya.Fiza, Nik Sha, Zila dan Kak Oja naik boat menyusuri Brisbane River dari South Bank..Seronok memang seronok..melihat tamaddun jahiliyah..kak oja kata kita tak patut berasa kagum dengan kemajuan jahiliyah sebab kemajuan jahiliyah berasal dari tamadun yang kosong..tamadun tanpa akidah..analogi dari niksha..secantik mana pun bangunan yang mereka cipta…setinggi mana pun skyscrapers yang mereka bangunkan ..sekali Allah tiupkan angin..akan roboh jua…TAKBIR!!

11.00 pagi
Masing2 telepon keluarga di Malaysia utk ucapkan selamat hari raya dan mohon ampun dan maaf daripada keluarga tercinta..lepas tu terasa dahaga..mencari BOOST..sebab ada org tu mengidam nak minum Boost. Kak ami ngan fiza minum Mango Magic, Zila dgn Berry Bang, Niksha dan kak oja dgn Tropical Crushnye..sorang satu dgn minuman buah-buahan yang enak di kepanasan Brisbane,,alangkah besarnya nikmat Allah kepada kami..bila panas terik dan dahaga ..ada Boost yang sedap utk di minum..teringat pada sedara kita di Afghanistan..mereka berbuka puasa dengan air liur sahaja..tiada air utk di minum..makanan apatah lagi..bagi mereka puasa dan berbuka sama shj..tapi kita disini..Allah uji kita dgn kemewahan yang melimpah-ruah..Ya Allah jgnlah dilalaikan kami dgn nikmat Mu ya Allah..Ameen..



12.00 tengah hari
Teringin mencari souvenir Brisbane….Tapi….takde tempat parking seperti biasa..Bila jumpa tempat parking..MAHAL la pulak..tapi kali ni kami masuk je tempat parking..dan tekad nak pergi cari kedai souvenir secepat mungkin..target kami parking hanya 20 minit..belum park bebetul tgn dah bersedia nak buka pintu kereta..terus melangkah keluar utk cari kedai souvenir..dgn baju kurung raya warna sedondon…purple ke pink…kami berlima melangkah keluar merentasi lautan manusia jahiliyah..Sungguh kami berbeza dari mereka yang menampakkan segalanya hingga ke “pusat Bandar”..tapi kami menyembunyikan segalanya..Lillahitaala.. bergerak pantas tanpa memperdulikan mata2 yang melihat..berhenti sebentar utk membeli poskad…org jahiliyah berniaga tak jujur..kak oja terkena kali ini bila membeli poskad , si penjual memulangkan wang kurang dari sepatutnya..dasar jahiliyah yang mementingkan perut dan keuntungan..

Jumpa kedai souvenir, kami beli apa yang patut..utk kenangan di bumi Allah; Brisbane…..

12.30 tengah hari.
Time dah pukul 12.30..kami dah terlambat sepuluh minit..berjalan pantas merentasi lautan manusia jahiliyah..sampai kat parking lot masa dah menunjukkan 12.32 tgh hari..kami pantas pandu kereta keluar..bila nak bayar tu..terkejut..kena bayar $10 utk parking selama 32 minit!!! Betapa menindasnya mereka!! Sistem jahiliyah memang system yang menindas manusia..sistem yang memntingkan diri sendiri! Ya Allah berikanlah kami kekuatan utk mengakkan Islam di muka bumi Mu ini Ya Allah kerana islam itu ubat penindasan ini..Islam itu system yang syumul….TAKBIR!!

1.00 petang.
Bertolak ke University of Queensland..nak bergambar kat sign board UQ sebagai tanda kami pernah menjejakkan kaki ke UQ..Alhamdulillah..Allah permudahkan perjalanan kami..

1.40 petang
Meneruskan perjalanan ke Surfer’s Paradise…Kali ini kami tak dapat jumpa di mana Surfer’s Paradise..sebaliknya sampai ke Mermaid Beach…Alhamdulillah Allah jaga tubuh badan kami..Allah jaga penglihatan kami..Allah pelihara pendengaran kami..(dalam Mathurat) sebab di surfer’s paradise tu ramai manusia yang tak menjaga aurat mereka..bukan sahaja “pusat bandar” malah lebih dari itu..kami ditakdirkan Allah sampai ke Mermaid beach di mana ada seorg je minah salleh yang surf..melihat gelagat dia surfing membuat kami terfikir : mereka takde kerja lain ke? Merendah ombak utk surf..kekadang berjaya kekadang tak..Selalunya kalah dengan bedalan ombak Allah..

Teringat lagu “Perjuangan Itu”;

Perjuangan itu bagai sampan di laut,
Di atas lapang tiada perlindungan,
Di bawa air melambung dan menggunung,
Menongkah gelombang yang datang melanda….

Bagi kita Du’at, perjuangan dakwah kiter ibarat meredah ombak dilautan..tapi bagi jahiliyah..mereka lebih rela merendah ombak utk surfing..entah apa2 entah…???

Kami lunch kat tepi laut..laut terbentang luas..saujana mata memandang..mengingatkan kami akan kebesaran illahi …subhanalllah J

Lunch di tepi laut..mula2 angin bertiup sepoi-sepoi bahasa kata org tapi lama kelamaan angin bertiup makin kencang..habis pasir masuk kedalam makanan kami..tapi dek tak nak membazir kami makan je nasik bercampur pasir pantai..ermm..sedap jugakk makan nasi campur pasir gold coast ni..crunchy!! sekurang2 nya mengingatkan kami kepada mereka yang kebuluran ..jika mereka jumpa nasi yang kami makan, sekalipun telah bercampur pasir pasti dimakannya..

4.00 petang.
Selepas lunch kami berehat sekejap..kemudian bersiap utk solat ..kemudian meneruskan perjalanan ke Sydney..perjalanan ke Sydney, Zila jadi driver dan Fiza jadi co-pilotnye..
Alhamdulillah di kesempatan fiza menjadi co-pilot sempat berdiskusi dgn driver buku muntalaq bab 1 hingga bab 7..Masya Allah..buku Muntalaq benar meniupkan semangat membara di dalam hati ana.
Teringat sajak yang menyindir ahli ibadat yang sebenarnya bermain-main dalam ibadat mereka..bagaimana ahli ibadah tu boleh bermain2 dgn ibadah mereka?bila mereka melupakan jihad..mereka beribadah kepada Allah bermandikan air mata..tapi yang berjihad di jln Allah bermandian darah..mereka beribadat di kaabah dengan wangian-wangian yang harum mengikut sunnah nabi..tapi yang berperang di jalan Alllah menjadikan debu di hidung mereka sebagai wangian syurgawi….siapakah yang bermain2 dgn ibadah mereka????
Kita time sekarang nak berjihad (perang ) itu bukan cara kita..masanya belum tiba lagi..tapi jihad kita dengan dakwah..dakwah tu jihad kita..siapa yang melupakan tanggungjawab dakwah..dia ibarat ahli ibadah yang bermain2 dengan ibadahnya sendiri…Ya Allah..istiqamahkan kami di jalanMu ini..ameen..


26 November 2003

6.16 pagi
Al-hamdulillah! Kami selamat sampai di Sydney dengan selamat…Kak Amy nampaknya tak sabar 2 nak tangok Sydney Harbour…Selepas 4 tahun berada di aussie baru hari ini diizinkan Allah ke Sydney. Kami terus menuju ke Malaysia Hall di Randwick. Bila tiba, kami berkata-macam ini rupanya Malaysia hall yg sering disebut2kan org selama nie…Bangunan putih 2 tingkat.Ketibaan kami disambut dgn senyuman Asma, seorg akhawat Sydney yg kami kenal ketika di Mellbourne suatu masa dulu. Gembira dapat berjumpa dgn Asma. Kak Amy juga found out yg kawan lama di TKC dulu pun ada di Malaysia Hall. Gembira juga berjumpa dgn dia…tapi rasanya lebih gembira dapat berjumpa dgn asma..sebab ada bezanya ukhwah fillah dgn kawan lama…ada org tu pulak bertembung dengan seseorg..alhamdulillah..sentiasa menundukkan pandangannya..

9.00 pagi
Melangkah keluar ke Sydney City…Tour guide kami; kak Asma kiter..berkenalan dgn Yanti student dari Brisbane..sempat bertaaruf dgn dier..ramah orgnye..Destinasi pertama kami, Fox Studio..jauh berjalan kaki..akhirnya sampai ke Fox Studio..lebih kurang 9.30 pagi..tapi belum bukak lagi..bukak kol 10 pagi..jadik kami decide nak ke Opera House pulak..ambek bus lain pulak..heading to Circular Quay utk ke Opera House..hajat di hati nak ambil gambar je sebenarnya..tak jejak kaki ke Opera House pun tak mengapa..apalah Opera House tu..(kutuk lah pulak..hehe..sorry ye org Sydney).

Dari Circular Quay, passed by Sydney Bridge.. kami naik ferri menyusuri Darling Harbor. Di Sydney Bridge terlihat oleh kami beberapa org manusia ‘bersusah payah’ mendaki ke puncak bridge tu..kak asma kata nak naik ke puncak bridge tu kena bayar $180!!! Adehhh ..mahalnyee!! dah lah risiko tinggi..pelikkan manusia ni sanggup bayar mahal2 utk membahayakan diri sendiri..haiii…inilah manusia ..Kat Darling Harbour plak ada sebuah kapal besar; the biggest passenger cruise; Star Princess..Alhamdulillah..Allah kurniakan manusia dengan akal..dengan akal itu manusia dapat cari ilmu utk buat kapal sebesar itu..tapi sedarkah kiter …ilmu yang kita miliki tu hanya pinjaman kita dari Allah yang esa..tapi manusia mudah lupa..mudah bongkak dengan ilmu yang mereka miliki..lupa bahwa Allah SWT itu Maha Mengetahui..pengetahuan manusia ni terbatas..sangat terbatas..

Lebih kurang 12.00 p.m.

Puas bergambar..masing2 mula keletihan..tapi ingin ke Lakemba pula..Lakemba ialah satu suburb di Sydney yang ramai muslim macam Brunswick di Melbourne dan…di Adelaide..(hehe..kat Adelaide takde.. Payneham Road kutt..ke… Taman Mawar??!!)Dalam perjalanan Nik Sha ngan Kak Oja di serang “gelora perut”..terpaksa turun di Canterburry utk cari toilet..turun di Canterbury terasa satu aura yang sgt berbeza..lihat pada org2 di situ..berlainan dengan kita..ganas + liar..lihat kami macam nak makan..cakap dan tergelak2 macam nak semua org dengar..di manakah hilangnya adab sopan ????Allah nak uji kami..toilet kunci pulak..terpaksa berjln keluar dari stesen utk cari toilet..alhamdulillah berjumpa jua...


1.30 petang.
Meneruskan perjalanan ke Lakemba, hanya beberapa stesen je lagi..dalam dok sibuk berbual dalam train..terlepas pulak Stesen Lakemba..terpaksa turun di next stesen and ambik train utk ke Lakemba semula..Perut masih bergelora ibarat ombak di Surfer’s Paradise..hehe..
Alhamdulillah akhirnya sampai di Lakemba..menjejakkan kaki ke Lakemba perasaan beerbeza dari waktu turun di Canterbury tadi..tenang melihat pekan kecil yang majority penduduknya muslim..

Terbayang di kepala kami bayangan Daulah Islamiyah..Subhanallah..bila melihat kebanyakan org di sini berhijab..tapi berlainan bangsa.. Berbeza sekali dengan pemandangan di city…terasa janggal pulak bila melihat manusia2 non-muslim berjalan2 di pekan Lakemba nih..sempat berdoa kepada Allah agar satu hari nanti Islam kembali menjadi Ustaziatul Alam..Tergenang air mata bila di sapa salam oleh saudara muslim yang melintasi kami.. terasa ukhwah islamiyah antara kami…MasyaAllah..
Perut bergelora kembali..tapi kali ni bukan nak ke toilet tapi mintak di isi..melangkah ke restaurant padang tapi tutup pulak..akhirnya ke kedai kebab…makan kebab alhamdulillah..kemudian melangkah ke IBS(Islamic Book Store)..di sini kami jadi pemborong buku yang bertauliah ..terleka melihat buku2 islam yg pelbagai tajuk ..tak sedar masa berlalu...biasalah bukan selalu dapat peluang ke sini..ada yang beli buku utk adik di Malaysia..kak oja beli utk anak buahnya dan insyaAllah anak sendiri..buku2 bedtime stories yang Islamic..Quranic stories for Young Readers..Yelah daripada diceritakan cerita2 mengarut macm citer Cinderella, Beauty and the beast etc baik diceritakan kesah2 sahabat dan kesah2 dari al-quran kepada anak2 kiter insyaAllah..yelah tanggungjawab mendidik ni penting sebab yang kita bentuk adalah minda dan pemikiran anak kita..kita nak membentuk fikrah islami di sanubari anak2 kita insyaAllah…ameen..

4.00 petang
Puas memborong..sempat masuk ke kedai jubah ..bukan nak beli..tapi .nak tengok design jubah..nanti balik Malaysia boleh tempah..lihat harga jubah di sini; tak kurang dari $AUD 150..adehh mahalnya..
Melangkah pulang keletihan.. tapi puas..buku di tgn..insyaAllah akan di baca..boleh tukar2 dgn kawan..insyaAllah boleh di present masa usrah utk di share bersama..buku nik sha beli best..”The story of Islamic Spain” buku setebal buku Harry Potter ni boleh Nik sha habiskan within 8 hours…record Nik Sha habiskan buku Harry Potter..katanya record tu dia baca tanpa tadabbur..so, bila baca buku “The story of Islamic Spain”..insyaAllah..kena sertakan emosi utk mudah bertadabbur dgn seerah itu sendiri..Tips nak baca buku seerah ni kena sertakan emosi..teringat masa pergi ke salah satu Nadwah di Melbourne pasal Seerah rasulullah..beberapa kali ustaz seperti ingin menangis..masakan tidak… bila di bayangkan org menyapukan tahi unta di belakang Rasulullah sewaktu baginda solat di kaabah..betapa hebatnya mehnah yang Rasulullah terima dalam menyampaikan Islam..

Tiba2 terasa rindu pada Rasulullah(S.A.W) dalam permusafiran ini..Teringat kesah Bilal ibn Rabbah yang tidak mahu azan lagi setelah kewafatan Rasulullah ..Suatu hari para sahabat meminta Billal utk melaungkan azan kembali..atas desakan sahabat..Billal bangkit utk melaungkan azan..MasyaAllah..bila sampai part;wa ashhaduanna Muhammaddarrasulullah..beliau jatuh tersungkur..menangis tak dapat menahan kerinduan pada Rasulullah………..seluruh Madinah di landa rindu kepada Rasulullah bila mendengar laungan azan dari Billah bin Rabbah…..kita plak bagaimana??!! (selalu jek rasanya kita dengar azan kan…)

6.30 petang.
Sampai di Fox Studio (sekali lagi)..Solat bagi siapa yang belum solat..dan melangkah ke Fox Studio..Alhamdulillah dah tutup..tak ramai org yang ada hanya beberapa org budak sedang bermain kat Playground..memandangkan tak ramai org..kami kembali ke zaman kanak2..join bebudak tu main kat Playground..yelah zaman kacik2 dulu mana nak ada playground macam ni..dulu main galah panjang..main teng teng..main konda kondi..main baling tin..main baling selipar…takde benda2 camni..ada peluang ni rasa seperti nak mencuba..kira macam beriadah di Sydney main kat playground di Fox Studio..hehe..masa nak balik…hampir2 telepas bus..apa lagi..kitorg pun berlari lah nak kejar bas..beriadah lagi!!

Letih beriadah..kami melangkah pulang ke Malaysia Hall…sampai ke Malaysia Hall di sambut dengan laungan azan Maghrib..alhamdulillah bergegas mengambil wudhu’ utk bersolat jemaah Maghrib bersama dengan org Malaysia Hall Sydney..


8.00 malam
Masa utk berehat..masing2 keletihan..kak Ami dan kak Oja dah “mati sementara” dulu..fiza, nik sha dan zila masih sempat berbual2 sambil makan nasi dengan sardin yg ala2 Oliver Twist ..ada serunding mak zila post dari Malaysia..apa lagi..kami pun makan nasi dgn serunding .. sambil membayangkan yang itu lemang kemudian makan dengan serunding..cara beraya di perantauan …hehe..

10.00 petang
Kami tidur dengan niat kerana Allah dengan doa agar direhatkan suoaya kami dapat “bekerja” esok hari..

27 November 03

6.00 pagi.
B’fast selepas solat subuh..



7.30 pagi.
diskusi bersama asma tentang masalah usrah di Sydney…berikan bahan usrah dan sedikit synopsis atau penerangan bagi setiap bahan yang diberi..InsyaAllah..moga Allah permudahkan usaha kiter di bumi Australia darul Kangaroo ni..tak kiralah di Adelaide, Sydney, Brisbane mahupun di Melbourne.

9.00 pagi
kemas barang sesame..kena keluar dari Malaysia hall utk teruskan perjalanan..Alhamdulillah dapat melihat waqi’ di Malaysia Hall..semakin Islamic ana dengar..moga terus istiqamah di jalan ini..

10.00 pagi
Bertolak keluar dari Malaysia Hall..sayu di hati meninggalkan Asma.Harapan ana agar ikhwah dan akhawat di sini dapat teruskan perjuangan walaupun seribu mehnah yang datang..Destinasi seterusnya adalah ke UNSW dan Sydney Uni..Dekat dgn UNSW tu ada race course yang sgt besar..lebih luas dari UNSW tu sendiri kata salah seorg kawan di Sydney..Apalah yang baguish sgt ngan tempat2 camtu..emm..membazir pun ada..yelah..depa pi berjudi pulak lepas tu..apa nama..satu sifat JAHILIYAH…

Alhamdulillah..pemusafiran kami ini membolehkan kami mengenali jahiliyah dgn lebih dekat..bukan utk mencontohi tapi utk di jadikan sempadan dalam kehidupan..insyaAllah dengan adanya pengetahuan ttg jahiliyah dapat memudahkan kerja dakwah kiter..

On the way to Sydney Uni terserempak dgn Maya(salah seorg akhawat Sydney selain Asma).Dia yang tunjukkan jalan ke Sydney Uni..memang hajat kami nak ke rumah Maya pun selepas lawat Sydney Uni..

Di Sydney Uni kami di kagumkan dgn bangunan Quadrangle yang ala2 Harry Potter punye sekolah..bangunan lama lagi unik dan well preserved..tak sangka yang Sydney Uni adalah uni tertua di Aussie, diikuti Melb. Uni and third oldest; uni kami..Adelaide Uni..

1.30 petang
Bergerak ke rumah Maya.Solat dan berbual panjang..catch up balik utk eratkan ukhwah yang dipisahkan oleh kajauhan..Ukhwah fillah..kejauhan bukan penghalang kerana taupan hati antara org2 yang saling menyayangi/bersahabat kerana Allah akan sentiasa bertaut di atas kalimah Lailahaillallah……

4.00 petang
Selepas solat dan berbual panjang..sedar tak sedar dah pukul 4.00 petang,,ikut plan..kami harus bertolak by 4 utk elakkan traffic jam..maklumlah Sydney..ana rasa Sydney adalah bandar yang sibuk..”kotor” bukan dari segi zahiriah tapi dari segi batiniah..lalu di Newtown kelihatn gays and lesbian berpegangan tangan..masih ada lagi sisa ummat nabi Luth..rosak ..rosak..”tamadun kosong’ ciptaan manusia yang akan runtuh tak lama lagi insyaAllah..TAKBIR!!Moga projek 600 tahun kiter berjaya insyaAllah..ameen..

5.00 petang
Perjalanan keluar dari bandar Sydney agak payah..dengan jalan yang berbelit dan byk traffic light..kata org; “malu bertanya sesat jalan”..jadik kami bertanya dua kali kat locals di petrol station cara nak pergi Princess Highway..Alhamdulillah akhirya kami berjaya keluar dari Sydney..meninggalkan memori indah di Opera House, Darling Harbor, Fox Studio, Lakemba, Circular Quay and last but not least..Malaysia Hall..

7.00 petang
Subhanallah perjalanan kami ke Melbourne sangat mencabar..pelbagai mehnah kami tempuhi dengan pengharapan dan pergantungan sepenuhnya kpd Allah S.W.T..Route Melbourne yang kami pilih is a different route dari jalan bas..tak banyak trucks or kenderaan lain sebab jlnnya bengkang bengkok ikut coast and merentasi national park..jalan ni best kalau drive siang but not at night because it was a bit scary since jalan tu agak lengang and kiri kanan hutan..

Malam tu driver was Zila and co-pilot; Fiza..Alhamdulillah masa drivers lain kat belakang tgh enak di buai mimpi..ana ternampak KOALA melintas jalan..subhanallah..akhirnya doa ana di makbulkan Allah..sbb dulu ana selalu tertanya dalam hati.Koala ni turun ke tanah atau tak..kalau dia turun ke tanah macam mana agaknya..malam tu Allah tunjukkan macam mana Koala melintas jalan..comel and perlahan je dia melangkah..alhamdulillah masa tu dia dah hampir habis melintas jalan..ana teringat pengalaman ana bermusafir dengan kak ami..masa ana jadi co-pilot jugak..kita org melihat langit yang di penuhi bintang..ana ceritakan pengalaman ana melihat flying star/tahi bintang di langit satu masa dulu..kak ami kata di tak pernah tgk tahi bintang sepanjang hidup dia..dalam hati ana berdoa moga Allah tunjukkan tahi bintang pada kak ami..alhamdulillah..doa musafir ana di makbulkan ..malam tu ana dan kak ami ditunjukkan Allah tahi bintang yang agak besar jatuh dari langit selama beberapa saat..alhamdulillah pengalaman yang tak dapat ana dan kak ami lupakan J

28 November 03

1.00 pagi
Perut bergelora kembali..perlukan khidmat tandas..sewaktu kami nak ke tandas..masih lagi di dlm kereta kami di datangi seorg lelaki yang mencurigakan..cepat2 kunci pintu..bila ditanya lelaki itu kami hanya mampu menggelengkan kepala dan menyuruh dia pergi..dia pun berlalu..dua org dari kami yg ingin ke tandas pun memberanikan diri keluar utk ke tandas bile lelaki itu kelihatan agak jauh dari kami..separuh jalan mereka melangkah ..lelaki tu buat u-turn la pulak..melangkah ke arah kami..apa lagi..cepat2 kami lari masuk dalam kereta..start enjin dan berlalu pergi..BAHAYA..

Perjalanan di teruskan..ada yang dah tertidur di belakang dan ada yang berjaga ..memandangkan sekarang dah lewat..petrol station semua dah tutup..Nik Sha yang jadi driver masa tu dan co-pilotnya..kak oja di uji lagi..kali ini mehnahnya, minyak dah hampir habis..beberapa kali signal “please refill the petrol” menyala merah..adehh..perjalanan to the nearest town is another 40 km…JAUH LAGI..kami pasang lagu “JEJAK UHUD” utk memberi semangat kepada kami yang kami boleh lakukan..Pengharapan dan doa kami hanya pada Allah ketika itu..Kami serahkan natijahnya bulat2 pada Allah..lagi Jejak Uhud menjadi tema dan inspirasi malam itu sebab dalam lagu tu ada bunyi kuda..jadi kami rasa seperti menunggang kuda instead of naik kereta..dan lagi naik kuda tak perlu pakai petrol..hehe..

Alhamdulillah..Allah tu maha pengasih..kami sampai ke next town..takde satu kedai pun yang bukak..kami park kereta kat somewhere yang nampak safe..dan melelapkan mata masing2 mohon kerehatan dari Allah S.W.T. Pagi itu cuaca sgt sejuk..kami berhimpit dalam kereta share sleeping bag…kami di kejutkan dengan kesejukan pagi yang membeku..

6.00 pagi
Alhamdulillah..Petrol station buka pukul 6.00 pagi..dengan saki baki minyak yang ada kami memandu ke sana..sempat ambik air panas dan buat breakfast kat sana..breakfast rutin kami..roti+sardine atau nasi+tuna+serunding+timun..makanan ala kadar..cuba menerapkan sifat ZUHUD dalam hati kami..insyaAllah..makan apa yang ada..ana rasa apa yang kami makan tu dah lebih dari cukup…malah dah agak mewah dah….kalau nak di bandingkan dgn apa yang di makan oleh saudara kami di Afghan, Palestine etc..

12.00 tgh hari
Sampai ke Melbourne..hehehe…kalo nak tahu, inilah rumah kedua kami…masakan tidak, nadwah and gatherings kat Melbourne hamper kesemuanya telah kami hadiri, yelah, dah dekat dengan Adelaide, pergi jelah…lagipon, Rasulullah kan suruh umatnya menuntut ilmu sampai ke negeri China…dan juga, pergi Melbourne ni seronok sebab dapat naik bas dua tingkat, sampaikan driver bas tu pon dah kenal kitorg! J ...


Anyway, setibanya di Melbourne, kami terus ke city, ke College house to refresh ourselves. Alangkah nikmatnya dapat baring atas katil…itulah, jaulah ini sememangnya mengajar kami untuk hidup dalam kesederhanaan...keluar dari comfort zone and at the same time to appreciate segala nikmat yg Allah bagi kat kite...Rasulullah sendiri pun tak tidur atas katil, hanya beralaskan tikar daun pokok kurma yang kasar...menunjukkan betapa tidak pentingnya hidup dalam keselesaan kat atas dunia ni...yang penting, amalan kita sebagai bekalan ke akhirat kelak...dunia ini hanyalah tempat persinggahan sementara. Oleh itu sahabat, marilah kita semua tidak tidur atas katil...buang semua bantal n tidur dlm sleeping bag je...hehehe!

Selepas dah segar sikit, kami terus mara ke Monash Uni. Kami dah lambat setengah jam sebenarnya dari schedule yg diorg dah tetapkan...puas kak Oja gesa kami, tapi yelah, kitorg yg muda2 lagi ni tau2 jelah...slow sikit dari segi persiapan ni...maklumlah, kitorgkan masih mentah..n diakui kurang disiplin...berbanding kak oja yg gerak langkahnya sentiasa pantas dan cergas...tabik aa kak oja! Kat adelaide, kak ojalah yg jadi sumber inspirasi kitorg...alhamdulillah sebab dapat mak usrah yg hebat...membuatkan kami sentiasa bersemangat dalam segala usaha dakwah yang ingin dilakukan...

Sampai di Monash, kami disambut oleh Ba’iyah dan Elly dan Farah...junior Niksha n Zila masa kat Banting dulu...rase gembira dapat jumpa adik2 ni sebab dah lama tak jumpa diorg, sejak dari Banting lagi...kitorg dibawa ke tempat penginapan diorg kat Deakin Hall...tempat ni kitorg pon dah penah dtg dulu waktu summer 2002...lepak skali dgn Syaf, Syimot n Zila Hashim...
Kami rehat sebentar (rehat lagi...) sementara menunggu yang lain turun. Kemudian kami ke satu dewan untuk makan dan sessi taaruf dgn adik2 serta sesi temuramah...

Pengerusi majlis ialah Ba’yah...majlis dimulakan dgn ummul kitab Al-fatihah dan seterusnya sesi taaruf...oh ya! Sebelum ana terlupa, kami turut dijamukan dgn makanan2 yg sangat enak...pandai diorg ni masak...terharu juga sebab diorg sambut kitorg dgn layanan yg cukup mesra...mungkin diorg tak rase macam tu, tapi kami sebagai tetamu terasa dimuliakan...dan terasa dihargai...itulah hikmahnya kita muliakan tetamu...tambah pulak kalo org tu musafir...banyak pahala diorg...kami doakan mereka agar dapat kesejahteraan dan kemanisan iman, ameen..thanks korang!

Selesai sesi taaruf, mula pula sesi bercerita...cerita apalagi, pasal jaulah kitorg la...seronok dapat kongsi pengalamn dgn org...mudah-mudahan dapat diambil iktibar dan dijadikan pengajaran...rasenya sesi di Monash Uni ni adalah climax kepada jaulah kami...iaitu ceritakan kembali pengalaman yg dah dilalui n share dgn adik2 yg baru sampai ni...entahlah..itu pendapat ana,
apa korg rase?? Setuju??

After dah taaruf dan bercerita, tibalah saat yg kami nanti2kan...sesi bernasyid! Kitrog siap praktis lagi dalam keta..yela, kalo tersumbang ke, tak ingat lirik ke, tak ke buat malu org Adelaide..hehehe, terasabiyah plak... J
Tapi kitorg takdelah sampai kena perform atas stage, walaupon ada je stage kat dalam hall tu...menanti-nanti org pijak di atasnya...ana pon, terasa gaklah macam nak naik je stage tu, tapi segan gak...hehe...

So, in the end, kitorg nyanyi je nasyid tu kat meja tu jugak...sambil tgk lirik kat laptop Zila yg didtgkan khas dari Adelaide. Bagus jugak idea kak oja suruh bawakk laptop, dapat taip catatan perjalan ni tanpa tertinggal apa2 points yg penting, sebab isinya adalah fresh and up to date...tetiap hari kitorg tulis...supaya tak lupa...sambil nyanyi tu, tibalah kakak2 from adelaide lagi satu keta...kak Alin n family, kak niza n kak suchik...diorg pon dtg sebab nak jumpa adik2 baru ni...tp diorg dah sampai awal la kt melbourne, Cuma mereka ke brunswick terlebih dulu untuk lunch..

Setelah habis makanan, selesailah sesi kami bersama adik2 monash uni...terpaksa dihabiskan agak awal sebab diorg ada graduation dinner pukul 6.30 ptg. Kami pon, dah takde mende nak buat, so balik ke bilik diorg n sambung rehat...melihatkan kami tiada apa hendak dibuat, akk oja mengajak ke pantai (St Kilda Beach) untuk melihat sunset...idea yg bagus! Maka sepantas kilat kami bersiap dan terus ke kereta...

Keluar dari monash uni....traffic jam..waahhh..banyak sungguh kereta kat melbourne ni...berbeza sekali dgn adelaide...cari punya cari jalan nak ke st kilda masih tak berjumpa..tgh cari2 tu,,ternampaklah Albert Park ..albert park ni is part of the F1 circuit,,kat tepi tu ader tasik yg dipenuhi ngan angsa dan itik..burung2 pun banyak..so kami pun berhenti di situ,,,kami berjalan2 di tepi tasik sambil bagi burung2,itik dan angsa makan roti..saki baki bekal kami sepanjang perjalanan ,,sayang nak dibuang roti yg berlebihan dan tak nak membazir ,,kerana boleh dimanfaatkan utk makhluk Allah yg lain..habis juga roti kami tu at last,,Alhamdulillah... J

Masa masih ada,,kami meneruskan usaha nak mencari jln ke st kilda beach..akhirnya berjumpa jua,,,alhamdulillah,,, J ..kami menikmati keindahan sunset sambil mengingati kebesaran Allah...betapa agungnya keindahan ciptaan Illahi ..Subhanallah..tapi sayang di sekeliling kami, manusia lain (mat2 n minah2 oz) kufur dgn nikmatNya...umat Islam akhir zaman ini pun tak kurang hebatnya,,Astaghfirullah...
Ya Allah berilah kekuatan kepada kami..bantulah kami untuk menegakkan Islam di bumiMu Ya Allah...Amin..


Dalam perjalanan pulang ke Clayton,,kami ternampak seorg lelaki oz yg mabuk,,,terhoyong hayang nak melintas jalan..rasa kesian ada ..sedih ada..menyampah pun ada...hmmm...itulah kalau org yg tak ada iman..hidup tak ada hala tujuan..natijah tamadun yang kosong..!!

8.00 malam
Perut bergelora..bukan nak ke tandas..tapi mintak di isi.alhamdulillah setelah beberapa hari hanya di isi dengan roti+tuna/nasi+serunding..hari terakhir kami di clayton kak oja belanja makan kebab..alhamdulillah, Allah makbulkan doa ana untuk merasa makanan yang agak proper...hehehe...

Lepas makan ana surf internet..lihat gambar ucapan selamat hari raya..byk jugak gambar dari ikhwah dan akhawat kita yerk..

Keletihan menunggu adik adik clayton balik ada antara kami tertidur keletihan (rest utk drive tgh malam karang)..

12.00 tengah malam
adik2 clayton pulang..sempat berdiskusi dengan beberapa org dari mereka tentang masalah masalah mereka sambil2 eratkan ukhwah antara kami..

2.30 pagi..
dah tak larat berdiskusi..terpaksa bergerak pulang..melangkah sayu ke kereta di iringi adik2 clayton..pemergian kami di iringi dengan lambaian ukhwah fillah..moga Allah menaupkan hati2 kami di JALAN DAKWAH ini..ameen..
Perjalanan pulang di teruskan...:(

5.00 pagi..
Solat subuh on the way kat petrol station..teruskan perjalanana selepas tu..dalam perjalanan kami berdiskusi tentang pengajaran dan iktibar yang kami perolehi dari jaulah akhawat adelaide ini..
Alhamdulillah kebanyakan dari objective jaulah kami tercapai..semakin kami menghampiri adelaide ..kesedihan menggamit hati.. terasa sayu bila mengetahui yang permusafiran kami akan berakhir tak lama lagi..sungguh Allah kukuhkan ikatan ukhwah antara kami..kami semakin mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat..kenal bukan sekadar kenal tapi kenal hati budi masing2 even tahu fiil masing2..Allah tautkan hati2 kami di jalan Nya..Bermusafir kerana Allah dengan niat utk mencari redhaNya bukan sekadar utk bergembira tapi sebaliknya utk mengambil pengajaran dan iktibar..mahu keluar dari “comfort zone” kami..sambil melihat keindahan alam ciptaan Illahi sambil eratkan ukhwah fillah antara akhawat di setiap state yang kami singgah..melihat waqi’ dakwah yang berbeza..melihat dan mengenali cabaran dakwah yang berbeza..

Lebih kurang pukul 12.0 0tengah hari
Tiba di Adelaide, terimbas kembali perbezaan di setiap state..sungguh berbeza..sungguh besar kuasa Allah..di atas sekeping tanah yang luas Dia menciptakan 4 tempat yang berbeza..di Brisbane dengan cuaca dan pokok2 yang tak ubah seperti Malaysia..Di Sydney dan Melbourne dengan cuaca yang berbeza..perjalanan ke Adelaide juga berbeza..di kiri dan kanan kami hanya padang rumput yang semakin menguning dek musim panas yang bakal menjengah tiba tidak lama lagi..berbeza dengan perjalanan ke Brisbane kami ditemani dengan hujan lebat dan ladang tebu yang menghijau di kiri dan kanan kami..sekali sekala kelihatn pokok pisang yang benar2 mengingatkan kami kepada Malaysia..sungguh Allah itu maha penyayang..walaupun kami tidak kesempatan utk pulang beraya di kampung tapi perjalanan ke Brisbane ibarat hadiah dari Allah..Allah cipta suasana yang serupa cuma kali ini pulang ke kampung bukan bersama keluarga tapi bersama rakan seperjuangan..TAKBIR!!

Tips permusafiran
1. Berjimat
2. Plan ahead and stick to the plan..
3. Time management penting utk elak pembaziran masa utk minimisekan masa perjalanan tapi jgn pecut laju2..
4. Jaga keselamatan dan patuhi undang2 jalan raya..
5. Makan apa yang ada
6. Kena pandai tengok map..
7. Saling tolong-menolong dan bekerjasama dalam apa jua keadaan.
8. Rapatkan ukhwah fillah..
9. Ambil kesempatan utk bertaaruf dengan sahabat kiter walaupun kiter rasa kiter dah benar2 kenal sahabat kiter tapi sebenarnya ada yang kita tak tahu pasal sahabat kiter..
10. Peserta jaulah adalah daie dan mad’u nya..ambil kesempatan utk berdakwah dan memberi peringatan sesama sendiri..
11. Bersedia menerima teguran dari sahabat kiter..
12. Taat pada ameer/ameerah
13. Saling maaf-memaafi antara satu sama lain..
14. Lampu suluh dan laptop kena bawa jika ada
15. Charger equipment eg videocam n mobile kena dibawa, dan make sure sebelum tidur kena recharge dulu
16. CD atau cassete kena ada sebagai hiburan sepanjang perjalanan
17. Vacuum flask utk air kopi wajib bawa!! So that driver could stay awake dgn minum kopi panas
18. Bottle toilet jgn lupa
19. Makan dalam kereta utk savekan time. Utk elakkan kena keluar dari kereta utk ambil food, letakkan food dekat dgn tempat duduk belakang supaya senang dicapai.
20. Bila memilih route perjalanan utk mlm hari, adalah lebih baik kalau pastikan route itu adalah route yg digunakan oleh trucks. Probability utk kedai buka di sepanjnag route adalah tinggi (terutamanya petrol station sebab nak elakkan terkandas akibat kehabisan minyak-SANGAT PENTING)
21. Waktu operasi petrol pump in small towns biasanya bermula dari pukul 6 pagi hingga 6 petang. Make sure isi minyak dalam waktu tersebut.
22. Bawa kompas utk tentukan arah kiblat.
23. Bantal utk keselesaan di dalam kereta.(juga utk alas bagi driver..hehe)
24. Bawa bahan bacaan dalam kereta
25. Jangan lupa bawa sunglasses.( sunblock penting juga bagi org yg tak mahu jadi gelapJ)



Numbers to be noted
1. Jumlah jarak perjalanan secara keseluruhan (termasuk berjlan2 di bandar) ialah 5314 km.
2. Jumlah hari perjalanan ialah 6 hari.
3. Masa dihabiskan didalam kereta sepanjang perjalanan ialah 72 jam.

Budget kami; Jaulah akhawat adelaide

Makanan : $ 100.00
Minyak petrol dan minyak hitam : $400.00 (maximum)
Sewa kereta : $500.00 (for 6 days)
Souvenirs dan mende2 lain : $100.00



Expenses Jaulah 5314 km
AUD
Food 93.83
Fuel 458.86
Parking 14.6
Sewa kereta 460
Total 1027.29














0 Comments:

Post a Comment

<< Home